Daftar Lesen Kontraktor G1
Pendaftaran Lesen Kontraktor
Daftar Lesen Kontraktor G1
Lesen Kontraktor Gred G1 adalah gred permulaan dalam sistem pendaftaran kontraktor CIDB Malaysia. Ia sesuai untuk syarikat baru yang ingin memulakan perniagaan dalam bidang pembinaan. Modal minimum yang diperlukan ialah RM5,000 untuk PPK dan RM10,000 untuk SPKK/STB. Had nilai projek yang boleh diambil adalah sehingga RM200,000 sahaja. Gred ini terbuka kepada syarikat Bumiputera sahaja dan tidak memerlukan pengalaman luas dalam pembinaan.
Borang Daftar G1
Syarat Daftar G1
1) Dokumen PPK G1:
- Salinan SSM Sah/Aktif (Alamat DAERAH diisi dengan betul)
- Salinan IC Pemilik / Pengarah syarikat (Berwarna)
- Nombor handphone Pemilik Syarikat
a) Penyata Bank (Bank Statements)
- 1 bulan terkini (Perlu Cop Bank)
- Baki akhir min RM 5,000 (PPK) / RM 10,000 (SPKK/STB)
2) Dokumen SPKK G1:
- Sijil teknikal berkaitan pembinaan (Jika tiada sila maklum).
3) Dokumen STB G1:
- Salinan IC Pemilik / Pengarah Syarikat.
- Salinan Sijil kelahiran Pemilik / Pengarah.
- Surat Akuan Kerja (Perlu diisi oleh semua penama dalam sistem CIMS).
- Surat Pengesahan Bank (Diisi oleh pemilik yang Sign Cek / Authorised Transaction).
- Klik SINI untuk Muat Turun Surat Akuan Kerja & Surat Pengesahan Bank.
Lesen Kontraktor G1
Lesen Kontraktor G1 adalah gred permulaan bagi syarikat yang baru hendak memasuki industri pembinaan. Dengan had nilai projek sehingga RM200,000, gred ini sesuai untuk kerja-kerja pembinaan berskala kecil seperti ubahsuai rumah, kerja-kerja penyelenggaraan, dan projek kecil kerajaan atau swasta. Pendaftaran G1 hanya terbuka kepada syarikat milik Bumiputera dan tidak memerlukan pengalaman kerja pembinaan yang luas, menjadikannya pilihan ideal untuk usahawan baru dalam sektor pembinaan.
Syarat & Kriteria Daftar Lesen Kontraktor G1
- Pendaftaran Syarikat: Wajib berdaftar dengan SSM sebagai Enterprise atau Sdn Bhd.
- Pendaftaran dengan CIDB: Wajib mendaftar dengan CIDB.
- Pengalaman dalam Pembinaan: Tidak memerlukan pengalaman luas — sesuai untuk syarikat baru.
- Kewangan Syarikat: Modal berbayar minimum RM5,000 (PPK) atau RM10,000 (SPKK/STB).
- Tenaga Kerja Berkelayakan: Sekurang-kurangnya seorang pengarah teknikal yang berkelayakan.
- Peralatan dan Kemudahan: Peralatan asas pembinaan yang bersesuaian.
- Insurans Perniagaan: Wajib memiliki polisi insurans.
- Pematuhan Peraturan: Mematuhi undang-undang CIDB.
Proses Permohonan Daftar Lesen Kontraktor G1
A) Senarai Dokumen untuk Pendaftaran PPK G1
- Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM) yang masih aktif.
- Salinan penyata akaun syarikat bulan terkini dengan baki minimum RM5,000 (PPK) / RM10,000 (SPKK/STB), lengkap dengan cop bank.
- Salinan kad pengenalan pemilik atau pengarah syarikat.
- Nombor telefon bimbit pemilik syarikat.
B) Senarai Dokumen untuk Pendaftaran SPKK G1
- Sijil teknikal yang berkaitan dengan bidang pembinaan.
C) Senarai Dokumen untuk Pendaftaran STB G1
- Salinan kad pengenalan pemilik atau pengarah syarikat.
- Salinan sijil kelahiran pemilik atau pengarah.
- Borang Pengesahan Bank.
- Surat Akuan Kerja (perlu diisi oleh semua nama dalam sistem CIMS).
- Borang Pengesahan Bank & Akuan Kerja
Kriteria Daftar Lesen Kontraktor G1 — G7
Gred G1 (Halaman Ini)
- Pemilikan Syarikat: Bumiputera sahaja
- Modal Berbayar: RM5,000 (PPK) / RM10,000 (SPKK/STB)
- Pengalaman Berkerja: Tidak diperlukan
- Projek: Sehingga RM200,000
Gred G2
- Pemilikan Syarikat: Bumiputera sahaja
- Modal Berbayar: RM25,000
- Pengalaman Berkerja: Pengalaman kerja pembinaan
- Projek: Sehingga RM500,000
Gred G3
- Pemilikan Syarikat: Bumiputera sahaja
- Modal Berbayar: RM50,000
- Pengalaman Berkerja: Pengalaman lebih lanjut
- Projek: Sehingga RM1,000,000
Gred G4
- Pemilikan Syarikat: Terbuka (Bumi & Bukan Bumi)
- Modal Berbayar: RM150,000
- Pengalaman Berkerja: Pengalaman penting
- Projek: Sehingga RM3,000,000
Gred G5
- Pemilikan Syarikat: Terbuka (Bumi & Bukan Bumi)
- Modal Berbayar: RM250,000
- Pengalaman Berkerja: Pengalaman luas & kecekapan teknikal
- Projek: Sehingga RM5,000,000
Gred G6
- Pemilikan Syarikat: Terbuka (Bumi & Bukan Bumi)
- Modal Berbayar: RM500,000
- Pengalaman Berkerja: Pengalaman mendalam & kemahiran tinggi
- Projek: Sehingga RM10,000,000
Gred G7
- Pemilikan Syarikat: Terbuka (Bumi & Bukan Bumi)
- Modal Berbayar: RM750,000
- Pengalaman Berkerja: Pengalaman sangat luas & kemahiran canggih
- Projek: Tiada Had
Anda perlu servis Lesen Kontraktor? Sila klik salah satu servis dibawah
Soalan Lazim (F.A.Q)