Panduan lengkap lesen kontraktor CIDB 2025 untuk kontraktor di Malaysia. Ketahui jenis sijil PPK, SPKK dan STB, gred G1 hingga G7, harga pendaftaran, syarat dan proses permohonan.
Apa Itu Lesen Kontraktor CIDB?
Kontraktor CIDB adalah kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Pendaftaran ini wajib untuk mengawal kerja pembinaan di Malaysia. Sejak 20 Julai 1995, semua kontraktor tempatan mesti berdaftar dengan CIDB sebelum memulakan kerja pembinaan, dengan penalti sehingga RM 10,000 bagi yang melanggar.
Jenis Sijil Lesen Kontraktor
- PPK — Perakuan Pendaftaran Kontraktor: Sijil asas untuk pendaftaran kontraktor.
- SPKK — Sijil Perolehan Kerja Kerajaan: Diperlukan untuk tender kerajaan.
- STB — Sijil Taraf Bumiputera: Khusus untuk kontraktor Bumiputera.
Harga Pendaftaran Lesen Kontraktor 2025
Daftar Baru (PPK)
Daftar Baru
Kemaskini Syarikat
Pembaharuan Lesen
Renew 1 Tahun (PPK)
Renew 2 Tahun (PPK)
Renew 3 Tahun (PPK)
Lain-lain
Gred Kontraktor G1 — G7
| Gred | Modal Minimum | Had Projek | Pemilikan |
|---|---|---|---|
| G1 | RM 5,000 | ≤ RM 200,000 | Bumiputera |
| G2 | RM 25,000 | ≤ RM 500,000 | Bumiputera |
| G3 | RM 50,000 | ≤ RM 1,000,000 | Bumiputera |
| G4 | RM 150,000 | ≤ RM 3,000,000 | Terbuka |
| G5 | RM 250,000 | ≤ RM 5,000,000 | Terbuka |
| G6 | RM 500,000 | ≤ RM 10,000,000 | Terbuka |
| G7 | RM 750,000 | Tiada Had | Terbuka |
Syarat Pendaftaran Baru
- Pemohon mestilah pengarah/pemilik syarikat
- Perniagaan berdaftar dengan SSM/pihak berkuasa negeri
- Modal berbayar minimum mengikut gred
- Personel teknikal yang berkelayakan
- Pendaftaran orang kompeten (jika berkaitan)
- Pendaftaran agensi lain (jika diperlukan)
Syarat Pembaharuan
- Sama seperti syarat pendaftaran baru
- Pengarah/pemilik perlu hadir kursus Integriti & Kod Kontraktor (pembaharuan pertama sahaja)
- Sijil Kecekapan Pengurusan Perniagaan (G1-G3 tanpa personel teknikal)
- Mesti mempunyai mata CCD
- Sijil SCORE diperlukan (G7 sahaja)
- Sijil MCORE diperlukan (G1 sahaja)
Soalan Lazim (F.A.Q)
Nak Daftar Lesen Kontraktor CIDB?
Hubungi kami sekarang — kami uruskan segalanya untuk anda.