Pertama Kali Renew Lesen CIDB
Panduan Pertama Kali Renew Lesen CIDB
Jika ini kali pertama anda memperbaharui lesen kontraktor CIDB, panduan ini akan membantu anda memahami keseluruhan proses, dokumen yang diperlukan, dan perkara penting yang perlu diambil perhatian.
Pembaharuan pertama mungkin berbeza sedikit daripada pembaharuan seterusnya kerana beberapa dokumen tambahan mungkin diperlukan.
Perkara Penting Sebelum Renew
- ✓ Pastikan lesen belum tamat lebih daripada 6 bulan (jika sudah, mungkin perlu daftar semula)
- ✓ Semak modal berbayar syarikat masih memenuhi syarat minimum gred semasa
- ✓ Pastikan maklumat syarikat dalam rekod CIDB adalah terkini
- ✓ Sediakan semua dokumen yang diperlukan sebelum memulakan proses
- ✓ Pastikan akaun CIMS boleh diakses (reset password jika perlu)
Proses Pembaharuan Pertama
Hubungi RentakaBiz
Hubungi kami untuk konsultasi awal dan pengesahan gred lesen
Sediakan Dokumen
Kumpulkan semua dokumen yang diperlukan
Semakan & Pengesahan
Kami semak dokumen dan kemaskini maklumat jika perlu
Bayaran
Buat bayaran untuk perkhidmatan pembaharuan
Proses Permohonan
Permohonan dihantar ke CIDB (14-30 hari bekerja)
Lesen Diperbaharui
Terima lesen yang diperbaharui dari CIDB
Dokumen Yang Diperlukan (Pertama Kali Renew)
Dokumen Syarikat
- - Salinan SSM terkini (Profil Syarikat)
- - Salinan borang perubahan SSM (jika ada)
- - Penyata kewangan teraudit terkini
- - Salinan IC semua pengarah
- - Surat pengesahan alamat operasi
Dokumen CIDB
- - Salinan PPK sedia ada
- - Salinan SPKK sedia ada
- - Salinan STB sedia ada (jika berkenaan)
- - ID CIMS dan kata laluan
- - Senarai projek yang telah disiapkan (jika ada)
Harga Pembaharuan Lesen Kontraktor
Renew Lesen Kontraktor (PPK/SPKK)
Borang Permohonan Pertama Kali Renew
Tips Untuk Pembaharuan Pertama
Mulakan Awal
Mulakan proses pembaharuan sekurang-kurangnya 60 hari sebelum tarikh tamat tempoh.
Kemaskini Dulu
Pastikan semua maklumat syarikat dalam rekod CIDB adalah terkini sebelum renew.
Simpan Rekod
Simpan salinan semua dokumen dan resit pembayaran untuk rujukan masa hadapan.
Soalan Lazim (F.A.Q)